Shallom kepada anak-anak belia....Selamat Datang!

Khusus kepada belia di Gereja Anglikan Indah, kita ingin bersyukur kepada Tuhan di atas kebaikan-Nya yang tidak pernah putus di dalam kehidupan ini. Meskipun kita telah melalui berbagai cabaran dan halangan, namun kita memuji Tuhan kerana kekuatan Roh Kudus terus memampukan kita untuk bangkit dan bersinar bagi Kristus. Yang lama telah berlalu dan yang baru kini datang! Saya sebagai penyelia di dalam pelayan belia IAC, ingin terus mendorong kepada semua belia IAC untuk terus bersama-sama bersatu memantapkan dan memobilisasikan pelayanan ini untuk kemuliaan Kristus. Inilah juga amanat yang ditinggalkan oleh Mendiang Ev. Dunstan Lamansing kepada kita. INGATLAH, bahawa kalau kita bersatu, kita akan menjadi lebih kuat bagi pekerjaan Kristus. Kepada teman-teman yang sudah lama tidak datang ke pertemuan belia, saya sekali mendorong anda untuk datang dan sama-sama menikmati kasih Tuhan di tengah-tengah kita. Kepada sahabat yang terus setia, saya juga mendorong supaya kita terus mencari prospek baru untuk bersama dengan kita di dalam persekutuan ini.

Tuhan memberkati kita!

Ingatlah akan moto kita
"BERSATU, MENJADI LEBIH KUAT"

Ev. Atliana Atee
Penyelia Pelayanan Belia IAC, 2010

RENUNGAN MINGGU INI (22 OGOS 2010, Minggu ke-13 selepas Pentakosta)


DENGARLAH GERAKAN-NYA

(Pedoman Harian 11/4/08): "Apabila mereka tiba perbatasan Misia, mereka mencuba masuk ke wilayah Bitinia, tetapi Roh Yesus tidak membenarkan mereka".--Kisah Para Rasul 16: 7


Pada hari Jumaat, iaitu hari rehat saya sebagai Pastor, Roh Kudus menggerakkan hati saya untuk menelefon seorang anggota jemaah kami. Dia seorang ibu tunggal yang masih muda. Saya digerakkan untuk bertanya samada keretanya sudah dibaiki. Saya merasa teragak-agak untuk membuat panggilan itu, tetapi saya patuh.

Saya tidak tahu bahawa ketaatan saya itu telah menolong untuk menyelamatkan nyawanya. Kemudian dia berkata, "Pada hari Jumaat di tempat kerja, saya merancang untuk membunuh diri; tetapi pada waktu ada keperluan, saya percaya Tuhan ada bersama dengan saya. Dia telah menyuruh Pastor Williams untuk menelefon saya, dan hanya dengan mendengar suaranya, saya tahu bahawa Tuhan mengasihi saya."

Rasul Paulus pasti merasa ragu-ragu apabila Roh Kudus tidak membenarkan dia dan rombongannya untuk pergi ke wilayah Asia dan Bitinia. Sebaliknya, mereka merasa panggilan Roh supaya pergi ke Makedonia untuk memberitakan Berita Baik. Dalam keadaan itu, mereka patuh pada gerakan Roh. Oleh itu, Paulus dan rombongannya menjadi pemangkin dalam penubuhan jemaah baru di Filipi (Kis 16:11-15).

Sebagai orang percaya kepada Kristus dan didiami oleh Roh Kudus (Ef 2:22), keinginan kita seharusnya untuk menyenangkan hati-Nya. Janganlah kita menyedihkan Roh Kudus (Ef 4:30) dengan tidak mempedulikan gerakan-Nya yang lembut. Apabila kita mentaati Dia, mungkin kita akan dipakai oleh Tuhan untuk memimpin seseorang kepada Kristus, untuk melatih orang yang baru percaya - atau bahkan menolong menyelamatkan nyawa seseorang.


Roh Kudus, kami akan mendengarkan
Gerakan-Mu yang lembut dan jelas di dalam hati;
Tolong kami mengenal suara-Mu yang lembut dan tenang
Agar kehendak Tuhan kami jadikan kehendak kami.


Buatlah pilihan yang tepat: Taatilah suara Roh

KHUTBAH MINGGU INI

22 OGOS 2010


ELISA: MENDAPAT KEPENUHAN ROH KUDUS DENGAN BERLIPAT GANDA
(Pengkhutbah: Rev. Ho Kee Chung)
2 Raja-raja 2: 1-15


1. Mengikut dengan berlipat Ganda (ayat 1-6)
  • Perpisahan Elia (ayat 1)
  • Ujian untuk mengikuti (ayat 2-6)

2. Sedia mengenal hati Tuhan (ayat 7-10)
  • Kerinduan untuk mewarisi (ayat 7-9)
  • Memohon perkara yang sukar (ayat 10)

3. Mukjizat yang berlipat ganda (ayat 11-15)
  • Pengangkatan Elia (ayat 11-12)
  • Mukjizat yang berlipat ganda (ayat 13-15)

BAHAN DOA


BERDOA UNTUK GEREJA KITA
  • Berdoa agar Allah mencurahkan Roh Kudus-Nya yang berlipat ganda ke atas jemaah supaya kehidupan kita akan diubah sepenuhnya dan dipakai oleh Tuhan untuk melakukan perkara yang lebih besar untuk melayani dan memuliakan Tuhan.
  • Berdoa agar Allah membangkitkan lebih ramai guru-guru dalam gereja kita untuk mengajarkan firman Allah dengan efektif dan hidup supaya mereka akan menjadi matang dan dilatih untuk menjadi pemimpin generasi baru dan pengikut Kristus. Berdoa supaya Allah mengurapi para pemimpin sel dewasa, belia, muda-mudi dan kanak-kanak dengan kuasa Roh Kudus-Nya untuk menjadi hamba Allah yang boleh mengendalikan firman Tuhan dengan tepat dan benar.
BERDOA UNTUK DIOSIS DAN DUNIA
  • Berdoa untuk Sinod Diosis yang akan datang supaya Roh Kudus-Nya memimpin di sepanjang Sinod tersebut. Berdoa agar Allah terus menganugerahkan kesatuan dan semangat kepada mereka untuk bekerjasama bagi pekerjaan Allah dalam Diosis kita. Berdoa agar Allah terus membangunkan Diosis dengan membangkitkan lebih ramai pemimpin yang setia dan mempunyai visi yang besar untuk Tuhan.
  • Berdoa untuk negara China di mana berlakunya banjir lumpur yang membinasakan banyak nyawa dan juga rumah. Berdoa supaya Allah mencurahkan belas kasihan-Nya ke atas mangsa-mangsa dan menganugerahkan hikmat dan belas kasihan kepada kerajaan untuk menyediakan bantuan keselamatan bagi menangani bencana ini.

GROUP INDAH ANGLICAN CHURCH di facebook



Kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai akses kepada facebook bolehlah menyertai group Indah Anglican Church di LINK yang disertakan (Indah Anglican Church). Sertailah Group ni supaya kita dapat bertumbuh bersama-sama di dalam nama Tuhan YESUS. Sertailah pasti anda akan diberkati...

BAJU PELAYANAN SEL BELIA

Pelayanan Sel Belia Gereja Anglikan Indah telah mengeluarkan satu inisiatif iaitu Baju Pelayanan Sel Belia khusus untuk para belia gereja kita. Inisiatif ini merupakan salah satu agenda utama dalam pelayanan belia gereja kita. Baju ini masih lagi di dalam proses penghasilan berikutan timbulnya sedikit masalah untuk mencari tempat pencetakan. Bagi belia yang berminat, sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukan kepada Saudara Azuwel Nadzir.


SNAPSHOT BELIA INDAH & PROGRAM GEREJA YANG LALU

LOKASI INDAH ANGLICAN CHRUCH - SANDAKAN

View indah anglican church - sandakan in a larger map