Shallom kepada anak-anak belia....Selamat Datang!

Khusus kepada belia di Gereja Anglikan Indah, kita ingin bersyukur kepada Tuhan di atas kebaikan-Nya yang tidak pernah putus di dalam kehidupan ini. Meskipun kita telah melalui berbagai cabaran dan halangan, namun kita memuji Tuhan kerana kekuatan Roh Kudus terus memampukan kita untuk bangkit dan bersinar bagi Kristus. Yang lama telah berlalu dan yang baru kini datang! Saya sebagai penyelia di dalam pelayan belia IAC, ingin terus mendorong kepada semua belia IAC untuk terus bersama-sama bersatu memantapkan dan memobilisasikan pelayanan ini untuk kemuliaan Kristus. Inilah juga amanat yang ditinggalkan oleh Mendiang Ev. Dunstan Lamansing kepada kita. INGATLAH, bahawa kalau kita bersatu, kita akan menjadi lebih kuat bagi pekerjaan Kristus. Kepada teman-teman yang sudah lama tidak datang ke pertemuan belia, saya sekali mendorong anda untuk datang dan sama-sama menikmati kasih Tuhan di tengah-tengah kita. Kepada sahabat yang terus setia, saya juga mendorong supaya kita terus mencari prospek baru untuk bersama dengan kita di dalam persekutuan ini.

Tuhan memberkati kita!

Ingatlah akan moto kita
"BERSATU, MENJADI LEBIH KUAT"

Ev. Atliana Atee
Penyelia Pelayanan Belia IAC, 2010

BAHAN DOA


BERDOA UNTUK GEREJA KITA
  • Berdoa agar Allah mencurahkan Roh Kudus-Nya yang berlipat ganda ke atas jemaah supaya kehidupan kita akan diubah sepenuhnya dan dipakai oleh Tuhan untuk melakukan perkara yang lebih besar untuk melayani dan memuliakan Tuhan.
  • Berdoa agar Allah membangkitkan lebih ramai guru-guru dalam gereja kita untuk mengajarkan firman Allah dengan efektif dan hidup supaya mereka akan menjadi matang dan dilatih untuk menjadi pemimpin generasi baru dan pengikut Kristus. Berdoa supaya Allah mengurapi para pemimpin sel dewasa, belia, muda-mudi dan kanak-kanak dengan kuasa Roh Kudus-Nya untuk menjadi hamba Allah yang boleh mengendalikan firman Tuhan dengan tepat dan benar.
BERDOA UNTUK DIOSIS DAN DUNIA
  • Berdoa untuk Sinod Diosis yang akan datang supaya Roh Kudus-Nya memimpin di sepanjang Sinod tersebut. Berdoa agar Allah terus menganugerahkan kesatuan dan semangat kepada mereka untuk bekerjasama bagi pekerjaan Allah dalam Diosis kita. Berdoa agar Allah terus membangunkan Diosis dengan membangkitkan lebih ramai pemimpin yang setia dan mempunyai visi yang besar untuk Tuhan.
  • Berdoa untuk negara China di mana berlakunya banjir lumpur yang membinasakan banyak nyawa dan juga rumah. Berdoa supaya Allah mencurahkan belas kasihan-Nya ke atas mangsa-mangsa dan menganugerahkan hikmat dan belas kasihan kepada kerajaan untuk menyediakan bantuan keselamatan bagi menangani bencana ini.

SNAPSHOT BELIA INDAH & PROGRAM GEREJA YANG LALU

LOKASI INDAH ANGLICAN CHRUCH - SANDAKAN

View indah anglican church - sandakan in a larger map