Shallom kepada anak-anak belia....Selamat Datang!

Khusus kepada belia di Gereja Anglikan Indah, kita ingin bersyukur kepada Tuhan di atas kebaikan-Nya yang tidak pernah putus di dalam kehidupan ini. Meskipun kita telah melalui berbagai cabaran dan halangan, namun kita memuji Tuhan kerana kekuatan Roh Kudus terus memampukan kita untuk bangkit dan bersinar bagi Kristus. Yang lama telah berlalu dan yang baru kini datang! Saya sebagai penyelia di dalam pelayan belia IAC, ingin terus mendorong kepada semua belia IAC untuk terus bersama-sama bersatu memantapkan dan memobilisasikan pelayanan ini untuk kemuliaan Kristus. Inilah juga amanat yang ditinggalkan oleh Mendiang Ev. Dunstan Lamansing kepada kita. INGATLAH, bahawa kalau kita bersatu, kita akan menjadi lebih kuat bagi pekerjaan Kristus. Kepada teman-teman yang sudah lama tidak datang ke pertemuan belia, saya sekali mendorong anda untuk datang dan sama-sama menikmati kasih Tuhan di tengah-tengah kita. Kepada sahabat yang terus setia, saya juga mendorong supaya kita terus mencari prospek baru untuk bersama dengan kita di dalam persekutuan ini.

Tuhan memberkati kita!

Ingatlah akan moto kita
"BERSATU, MENJADI LEBIH KUAT"

Ev. Atliana Atee
Penyelia Pelayanan Belia IAC, 2010

BAJU PELAYANAN SEL BELIA

Pelayanan Sel Belia Gereja Anglikan Indah telah mengeluarkan satu inisiatif iaitu Baju Pelayanan Sel Belia khusus untuk para belia gereja kita. Inisiatif ini merupakan salah satu agenda utama dalam pelayanan belia gereja kita. Baju ini masih lagi di dalam proses penghasilan berikutan timbulnya sedikit masalah untuk mencari tempat pencetakan. Bagi belia yang berminat, sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukan kepada Saudara Azuwel Nadzir.


SNAPSHOT BELIA INDAH & PROGRAM GEREJA YANG LALU

LOKASI INDAH ANGLICAN CHRUCH - SANDAKAN

View indah anglican church - sandakan in a larger map